Tuesday, 24 January 2012
NABI DAUD/DAVID-KITAB ZABUR
KISAH NABI DAUD DENGAN ULAT

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali 
menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya,
“Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S.
“Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T..Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.


http://duniabaca.com/kisah-nabi-daud-as-lengkap.html#besi




Tagboard
Tagboard codes. Width no wider than 210.
Archives
Previous Posts:
CAPRRICON DREAM EARNING LAYAAAN MIND-MAPPING THE IGNORANCE HIDDEN SOME TIPS ON BIRTHDAY CELEBRATION NEED TO REFRESH MY MIND 13 RAHSIA SUKSES.
Previous Months:
April 2011 May 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 April 2012 July 2012

Profile
AISHAH ROZIYANA
Im an independent woman. I like being a strong, independent woman, and to be honest, I was never afraid to be on my own.(;
Facebook Twitter Blogskins Formspring Flavors
Affiliates
Your Links / Affiliates Go Here
Credits
Layout by: Swsfen Personal Blog Bascodes: ★CRUSHthespeaker Banners from: TheFadingNight Blockquote codes: SleepingToys Colour codes: Cbox.ws